LENCANA SEKOLAH


WARNA:
1. BIRU- Perpaduan dan kesepakatan antara warga sekolah yang harmoni.
2. MERAH- Tanda keberanian dan kecekalan warga sekolah dalam menghadapi pelbagai cubaan dan cabaran berasaskan kebijaksanaan, kepintaran dan ketajaman akal fikiran.
3. KUNING- Kedaulatan undang-undang dan peraturan sekolah yang membentuk sahsiah warga sekolah yang berdisiplin dan bermoral tinggi.
4. HIJAU- Warga sekolah sentiasa menyanjungi keaslian budaya, keindahan alam semulajadi dan keluhuran peribadi.
SIMBOL:
1. BULATAN- Melambangkan warga SMK Takis, guru-guru, para pelajar pihak pengurusan dan ibu bapa.
2. BUKU EMPAT JALUR- Melambangkan empat bidang utama akademik iaitu Bahasa, Teknologi, Sains Sosial dan Matematik.
3. ATOM- Pembentukan aktiviti yang berasaskan kepada teknologi maklumat dan multimedia di dalam P&P.
4. GEGELUNG- Kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sebagai satu sokongan kepada Rukun Negara.
5. OBOR- Semangat jitu dalam mengejar apa jua bentuk kejayaan.
0 Responses