Sejarah SMK Takis
sekolahku..syurgaku
SMK Takis adalah sekolah yang ketujuh telah dibina di Daerah Papar. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dan nama S.M.K Takis telah dipilih kerana ia bersesuaian dengan lokasinya iaitu di Kampung Takis, Papar. Pembinaannya mengambil masa setahun lebih iaitu bermula dari Julai 1999 dan siap sepenuhnya pada Januari 2001. Pengambilan pelajar pertamanya ialah pada 29 dan 30 Februari 2001.
Pada awalnya seramai 38 orang tenaga pengajar telah ditempatkan di SMK Takis. Lebih 90% daripada bilangan guru tersebut adalah guru siswazah dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata lain, SMK Takis mampu menyediakan pelbagai bidang keilmuan kepada para pelajar sama ada berbentuk sains dan teknologi, kemahiran vokasional mahupun kesenian dan bahasa selaras dengan ilmu/kepakaran yang dimiliki oleh para guru.
SMK Takis mempunyai 40 buah kelas yang boleh menampung antara 30 hingga 40 orang pelajar. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai kemudahan seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Makmal Komputer dan kemudahan lain yang turut disediakan. Dari segi keluasan dan tempat, sekolah ini mampu menampung lebih daripada seribu orang dalam satu sesi persekolahan.
Pada tahun 2006, SMK Takis telah menawarkan satu mata pelajaran Vokasional iaitu Hiasan Dalaman yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara menghias dalaman bangunan. Mata pelajaran ini di tawarkan kepada pelajar tinngkatan 4 dan 5.
Dari tahun ke tahun, pucuk pimpinan SMK Takis turut bertukar. Berikut ialah senarai nama pengetua dari tahun pertama sehingga sekarang.
Nama Pengetua Tempoh
En Abidin Marjan September 2001 - Oktober 2003
Datin Aisah Jaman November 2003 - Disember 2004
Datin Hjh Nik Faridah Nik Mustapha Januari 2005 - Mei 2008
Tuan Hj Mokhtar Ibrahim Disember 2008 - sekarang